AMARAN: Sementara posting ini belum dibaca dengan lebih lanjut, harap pastikan tingkap dah bertutup, pintu dah berselak dan tiada sesiapa selain anda berada di situ. Kalau terdengar lolongan anjing, anggap sahaja tidak ada apa apa. Kalau terasa seakan ada sesuatu berdiri di belakang, buat tak tahu sahaja. Kalau terasa hembusan angin di belakang leher, biarkan sahaja. JANGAN TOLEH!1. Baru baru ini, Pak Wan dari Redzuan FotoMedia Pertama Kompleks beritahu ramai yang dah berminat semula dengan ilmu hitam. Bukan sahaja dia pernah disoal, malah ramai yang berani terang terangan bertanya berkenaan itu.
2. Benar, lewat 80an, Pak Wan dan anak anaknya adalah mangsa bagi orang yang menuntut ilmu hitam ini. Ikhlas@adik dan Indra Che Muda pun selalu dikacau oleh mereka. Tak cukup dengan itu, mereka sanggup mengotorkan premis RFM sehingga menyebabkan orang lain takut untuk masuk ke sebuah bilik bersebelahan di dalam studio premis itu.
3. Kata Pak Wan, pada masa tu, dia " rasa" sesak hinggakan hendak bergerakpun sukar! Bayangkan! Pak Wan yang berpuluh tahun semua-orang-tahu-baik-pekerti itu pun menjadi sasaran dan asakan mereka! Sampaikan hendak makan pun tak mampu! Aneh!
4. Hanya baru ini Pak Wan beritahu yang Indra dan Ikhlas juga rupanya terkena tempiasnya! Ikhlas terpaksa tempuh pelbagai dugaan. Indra pula terpaksa berhadapan dengan pontianak!Sampai hari ini jarang sekali mereka berdua dapat masuk ke premis ini dengan tenang!
5. Tak cukup dengan itu, bila ada sesiapa yang tahu cerita ini(termasuklah anda dan saya), ada ketikanya kita akan rasa semacam. Tangan akan mula sejuk dan dada berdebar. Telinga pula akan jadi lebih peka terhadap bunyi dan yang paling seram- mendengar suara halus seolah olah berbisik di telinga-" pergi..pergi..pergi.."
5. Jadi, kepada anda yang teringin merasai 'bahang' ilmu hitam ini, datang dan jumpa Pak Wan sendiri di Pertama Kompleks. Pak Wan dan anak anaknya dah ada petua untuk anda elak gangguan ataupun lebih fokus.
6. Jangan bimbang kalaupun ada yang kata anda kolot!! Bawaklah apa apa kamera samada video, digital atau filem yang anda ada dan buatlah hitungan sendiri untuk dapatkan bukti sebelum dan selepas anda berkunjung ke situ. Bilik yang saya maksudkan masih ada di situ. "Dia" juga berada di situ...
Jangan risau atau takut. Anda hanya perlu berani melangkah masuk ke dark room itu untuk belajar develop gambar dari filem ke negatif ke sekeping foto stail retro macam saya dulu dulu!
kamal fnd hashim
p/s
Terimakasih kepada Pak Wan atas terma "Ilmu Hitam" ini!








